SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU DARUL HIKMAH

Wednesday, February 23, 2011

KELEBIHAN SEORANG WANITA MUKMINAH

Posted by Anonymous at 9:08 AM 1 comments
1. Doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali.
2. Isteri yang membuatkan minuman suami tanpa diminta, pahalanya 3 kali khatam Al Qur’an.
3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunnah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do’a suami yang memakan masakannya menjadi do’a yang diijabah.
4. Wanita yang menjaga shalat, puasa dan taat pada suami, Allah SWT mengizinkannya memasuki syurga dari pintu mana saja yang ia kehendaki.
5. Isteri yang kelelahan bangun malam kerana anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur.
6. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan susunya akan diberi pahala satu kebaikan. Dan jika tidak dapat tidur semalam suntuk karena anaknya, maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 hamba sahaya di jalan Allah dengan penuh keikhlashan.
7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama. Isteri dalam keridhaan suami.
8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.
9. Bila seorang wanita hamil shalatnya dua rakaat adalah lebih baik dari 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun shalat sunah dan 70 tahun puasa”.
11. Wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.
12. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA WAJIB BAGINYA.
13. Apabila seorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.
14. Apabila ia membaca pada hari pertama “Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zambi” maka ALLAH akan membebaskannya dari jahanam, shirat & adzab.
15. Setiap hari haidnya, ALLAH tinggikan dia dengan pahala 40 org mati syahid apabila ia berdzikir.
16. Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan kasih sayang, maka Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
17. Wanita yang tidak cukup tidur di malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila ia hibur anaknya maka Allah akan memberikan pahala 12 tahun pahala ibadah.
18. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dari setiap kesakitan pada satu uratnya maka Allah beri pahala haji.
19. Sekiranya wanita itu meninggal dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia tergolong sebagai mati syahid.
20. Wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 tola emas, manakala wanita memicit suaminya disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
21. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhaan suaminya akan masuk syurga.
22. Jika suami mengajar isterinya 1 masalah agama, baginya mendapatkan pahala 80 tahun ibadah.
23. Semua orang akan melihat dan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat nanti, namun Allah akan mendatangi sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya secara sempurna di dunia dengan istiqamah.
24. Wanita yang mencuci baju suaminya akan menghapus 2.000 dosa bersama tetesan air yang jatuh.
25. Wanita yang mencuci baju suaminya yang digunakan keluar di jalan Allah, maka debu yang menempel di baju dan tersentuh oleh kulitnya maka kulitnya tidak akan disentuh api neraka sekalipun asapnya.
26. Wanita yang membuat makanan terbuat dari tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah menetapkan pada setiap biji tepung itu kebajikan, menghapus kejelekan, dan meninggikan derajatnya.
27. Wanita yang berkhidmat melayani suaminya sehari semalam dengan suka cita dan penuh keikhlashan serta niat yang benar, Allah akan mengampuni dosanya dan memakaikannya pada hari kiamat dengan pakaian hijau gemerlap dan Allah menetapkan setiap rambut ditubuhnya 1,000 kebaikan dan Allah memberinya pahala 100 ibadah haji dan umrah.
28. Wanita yang membentangkan tempat tidur untuk suaminya dengan senang hati, maka malaikat pemanggil dari langit akan menyerunya untuk menghadapi amalnya dan Allah mengampuni dosanya yang sudah lalu dan yang akan datang.
29. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatat 1,000 kebaikan dan mengampuni kesalahannya bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memintakan ampun baginya, serta Allah mengangkat 1,000 derajat baginya.
30. Jihad seorang wanita adalah mengurus suaminya dengan baik.
31. Allah merahmati seorang wanita yang bangun malam dan shalat, lalu membangunkan suaminya dan ikut shalat, bila suaminya enggan maka ia percikkan air di mukanya.
32. Seorang wanita yang meminyaki rambut kepala anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencucikan pakaiannya maka Allah SWT menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan 1000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang telanjang.
33. Wanita yang sedang hamil dan menyusui sampai habis masa persusuannya seperti pejuang di garis depan fi sabilillah. Dan jika ia meninggal di antara waktu tersebut maka sesungguhnya baginya pahala mati syahid.
34. Jika wanita mengandung anak di perutnya, maka para malaikat akan memohonkan ampunan baginya, dan Allah SWT menetapkan baginya setiap hari 1,000 kebaikan, menghapuskan 1,000 kejelekan. Ketika wanita itu merasa sakit saat melahirkan, maka Allah menetapkan baginya pahala para pejuang di jalan Allah. Jika ia melahirkan bayinya, maka keluarlah dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya dan tidak akan keluar dari dunia dengan membawa dosapun, di kuburnya akan di tempatkan di taman-taman syurga. Allah memberinya pahala 1,000 ibadah haji dan umrah dan 1,000 malaikat memohon ampunan baginya hingga hari kiamat.
35. Wanita yang memberi minum anaknya di waktu kecil, kelak di hari kiamat Allah SWT akan memberinya 70 teguk air dari telaga kautsar.
36. Wanita yang paling baik di kalangan wanita akan memasuki syurga sebelum orang yang paling baik di kalangan laki-laki. Mereka akan mandi dan memakai minyak wangi dan menyambut suaminya di atas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil.
37. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
38. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
39. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
40. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
41. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
41. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
42. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
sila rujuk di kitab-kitab kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab
[ Saya sekadar berkongsi akan kelebihan wanita, kita sedar untuk wanita menjadi ahli syurga amatlah mudah. Berkenaan nasnya, atau kesahihan maklumat diatas sila rujuk pada kitab-kitab yang disebut. Sebenarnya ganjaran2 yang di janjikan adalah sebagai motivasi atau untuk mengambarkan kebesaran sesuatu amalan itu. Pentingnya lakukan sesuatu amalan kerana cinta kita pada Allah dan Rasulullah s.a.w. Lakukan segala amalan dengan ikhlas, sesungguhnya Allah sahaja yang menentukan ganjaran bagi hambaNya.]
Wallahu a'lam
p/s : Dipetik dari Artikel seorang sahabat di FB

Friday, February 18, 2011

CERAMAH MAULIDURRASUL

Posted by Anonymous at 8:05 AM 0 comments

Assalamu'alaikum. Muslimin dan Muslimat dijemput menghadiri Ceramah Maulidurrasul pada ketetapan berikut:

Penceramah Jemputan : Yg Berbahagia Ustaz Nazrudin bin Hashim

(Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam UiTM Shah Alam)

Tarikh : 19 Feb 2011 (Sabtu malam minggu)

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Dewan Solat Surau Darul Hikmah

Tuesday, February 15, 2011

HAYATI KEPERIBADIAN DAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Posted by Anonymous at 7:57 PM 0 comments

4. Muliakan Jiran dan Tetamu

Rasulullah S.A.W. menerangkan berkenaan memuliakan jiran dan tetamu, yang dihubungkan juga dengan tuntutan iman. Ertinya iman yang sempurna menghendakki supaya memuliakan jiran dan tetamu sesuai dengan hak masing-masing. Menurut hadith riwayat Ibn Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

"Banyak dari jiran yang bergantung dengan jirannya pada hari qiamat lalu berkata : "Hai Tuhanku! Inilah jiranku - yang menutup pintu keranaku, ia mengaku kebaikannya".

Hadith ini menunjukkan betapa pentingnya bertimbangrasa sesama jiran. Bukanlah orang yang beriman itu orang yang kenyang, sedang jirannya lapar. Sehingga Rasulullah S.A.W. pernah berpesan kepada Abu Dzar Al-Ghifari: Bahawa apabila engkau masak kuah, banyakkanlah airnya dan berilah kepada jiran engkau. Yang dikatakan jiran bukan saja dari orang Islam tetapi juga jiran yang bukan Islam.

HAYATI KEPERIBADIAN DAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Posted by Anonymous at 7:43 PM 0 comments

3. Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada seorang lelaki yang bermaksud : "Tinggalkanlah barang yang meragukan kepada barang yang tidak meragukan engkau". Di kala itu lelaki itu terus bertanya lagi : "Bagaimanakah caranya aku dapat mengetahui hal itu?".

Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud : "Apabila engkau berkehendak melakukan sesuatu perkara maka letakkanlah tangan engkau ke atas dada engkau, kerana sesungguhnya hati itu gelisah kepada yang haram dan tenang kepada yang halal".

Sumber dipetik dari Hadith 40

HAYATI KEPERIBADIAN DAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Posted by Anonymous at 9:29 AM 0 comments

1. Al-Tabrani merekodkan sebuah hadis Rasulullah SAW mafhumnya:

Tidak sempurna iman seseorang hamba melainkan cintanya kepadaku melebihi cintanya terhadap diri sendiri, cintanya kepada keturunanku melebihi cintanya terhadap keturunannya sendiri, cintanya kepada ahlul baitku melebihi cintanya terhadap ahlul baitnya sendiri, dan cintanya kepada zatku melebihi cintanya terhadap zatnya sendiri.”

2. Daripada Sayidina Ali a.s, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:

Sesiapa mencintai kedua-dua orang ini, yakni Hasan dan Husain, serta ayah dan ibu mereka, nescaya ia berada sedarjat denganku pada Hari Kiamat.”

Friday, February 11, 2011

CERAMAH DI AMBANG MAULIDURRASUL

Posted by Anonymous at 9:22 AM 0 comments

Salam Ukhwah buat semua Muslimin dan Muslimat.
Muslimin dan Muslimat dijemput menghadiri ceramah berikut :

Tajuk : Di Ambang Maulidurrasul dan Katakan Tidak Pada Valentine Day
Penceramah Jemputan : Ustazah Sharimah binti Asy'ari
Tarikh : 12 Feb 2011 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Asar (5.00 ptg)

Ibu bapa, remaja putera dan puteri amat dialu-alukan hadir kerana banyak ilmu yang akan kita timba. Penduduk Fasa 4 khususnya dan Bandar Sultan Suleiman amnya, jom datang ke Surau Darul Hikmah ramai-ramai. Ustazah Sharimah ni seorang guru dan kaunselor remaja, penyampaiannya memang mantap. Nak tau kena datang.

Terima Kasih

Sunday, February 6, 2011

HARAM MERAIKAN HARI VALENTINE

Posted by Anonymous at 7:38 PM 0 comments

HARAM MERAIKAN HARI VALENTINE

Merayakan Valentine Day, Bererti Ikut Menuhankan Jesus

14 Februari tiba lagi. Remaja-remaja tidak sabar-sabar meninjau-ninjau dan memikir-mikir apakah hadiah untuk untuk diberikan kepada kekasih masing-masing. Inilah saat yang disukai oleh majoriti remaja kini kerana kononnya 14 Februari itu tarikh untuk mengingati kekasih tidak terkecuali remaja Islam seluruh dunia. Bukan remaja saja yang dah bukan remaja pun sama sibuknya.

Sayangnya, tidak semua anak-anak remaja memahami apakah sebenarnya Valentine Day itu sesuai atau tidak diraikan oleh umat Islam. Mereka menganggap perayaan ini sama saja dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Ibu, Hari Pahlawan, dan sebagainya. Tidak sama sekali.

Sedangkan Valentine Day sarat dengan muatan keagamaan bahkan bagi orang Islam yang ikut-ikutan merayakannya, hukumnya boleh jatuh musyrik, karena merayakan Valentine Day tidak boleh tidak berarti juga ikut mengakui Jesus sebagai Tuhan. Naudzubilahi min Dzalik. Mengapa demikian?

SEJARAH VALENTINE DAY

Ada banyak pendapat tentang asal dari perayaan Hari Valentine ini. Yang paling popular kisah dari Santo Valentinus yang diyakini hidup pada masa Kaisar Claudius II yang kemudian menemui ajal pada tanggal 14 Februari 269 M. Namun ini pun ada beberapa versi. Yang jelas dan tidak memiliki silang pendapat adalah kalau kita menelisik lebih jauh lagi ke dalam tradisi paganisme (dewa-dewi) Romawi Kuno, sesuatu yang dipenuhi dengan legenda, mitos, dan penyembahan berhala.

Menurut pandangan tradisi Roma Kuno, pertengahan bulan Februari memang sudah dikenal sebagai masa cinta dan kesuburan. Dalam tarikh kalender Athena kuno, masa antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari disebut sebagai bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari dikenal sebagai hari raya Lupercalia, yang merujuk kepada nama salah satu dewa bernama Lupercus, sang dewa kesuburan. Dewa ini digambarkan sebagai laki-laki yang setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing.

Di zaman Roma Kuno, para pendeta tiap tanggal 15 Februari akan melakukan ritual penyembahan kepada Dewa Lupercus dengan mempersembahkan korban berupa kambing kepada sang dewa.

Setelah itu mereka minum anggur dan akan lari-lari di jalan-jalan dalam kota Roma sambil membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Para perempuan muda akan berebut untuk disentuh kulit kambing itu karena mereka percaya bahwa sentuhan kulit kambing tersebut akan boleh mendatangkan kesuburan kepada mereka. Sesuatu yang sangat dibanggakan di Rom waktu itu.

Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno yang berlangsung antara tanggal 13-18 Februari, di mana pada tanggal 15 Februari mencapai puncaknya. Dua hari pertama (13-14 Februari), dipersembahkan untuk dewi cinta (Queen of Feverish Love) bernama Juno

Februata.

Pada hari ini, para pemuda berkumpul dan mengundi nama-nama gadis di dalam sebuah kotak. Lalu setiap pemuda dipersilakan mengambil nama secara acak. Gadis yang namanya ke luar harus menjadi kekasihnya selama setahun penuh untuk bersenang-senang dan menjadi bahan hiburan sang pemuda yang memilihnya.

Keesokan harinya, 15 Februari, mereka ke kuil untuk meminta perlindungan Dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Selama upacara ini, para lelaki muda melecut gadis-gadis dengan kulit binatang. Para perempuann itu berebutan untuk mendapakan lecutan karena menganggap bahwa kian banyak mendapat lecutan maka mereka akan bertambah cantik dan subur.

Ketika agama Kristen Katolik masuk ke Rom, mereka mengadaptasi upacara paganisme (berhala) ini dan mewarnainya dengan cara Kristian. Antara lain mereka mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I.

Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentines Day untuk menghormati Santo Valentine yang kebetulan meninggal pada tanggal 14 Februari.

Tentang siapa sesungguhnya Santo Valentinus sendiri para sejarawan masih berbeza pendapat. Saat ini sekurangnya ada tiga nama Valentine yang meninggal pada 14 Februari.Seorang di antaranya dilukiskan sebagai orang yang mati pada masa Romawi. Namun ini pun tidak pernah ada penjelasan yang detil siapa sesungguhnya St. Valentine yang dimaksudkan juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya karena tiap sumber mengisahkan cerita yang

Sebenar.

Menurut versi pertama, Kaisar Claudius II yang memerintahkan Kerajaan Roma berang dan memerintahkan agar menangkap dan memenjarakan Santo Valentine karena ia dengan berani menyatakan tuhannya adalah Isa Al-Masih, sembari menolak menyembah tuhan-tuhannya orang Romawi. Orang-orang yang bersimpati pada Santo Valentine lalu menulis surat dan menaruhnya di terali penjaranya.

Versi kedua menceritakan, Kaisar Claudius II menganggap tentara muda bujangan lebih tabah dan kuat di dalam medan peperangan daripada orang yang menikah. Sebab itu kaisar lalu melarang para pemuda yang menjadi tentara untuk menikah. Tindakan kaisar ini diam-diam mendapat tentangan dari Santo Valentine dan ia secara diam-diam pula menikahkan banyak pemuda hingga ia ketahuan dan ditangkap. Kaisar Cladius memutuskan hukuman gantung bagi Santo Valentine. Eksekusi dilakukan pada tanggal 14

Februari 269 M.

TRADISI KIRIM KAUCAPAN VALENTINE

Selain itu, tradisi mengirim kad Valentine itu sendiri tidak ada kaitan langsung dengan Santo Valentine. Pada tahun 1415 M, ketika Duke of Orleans dipenjara di Tower of London, pada perayaan hari gereja mengenang St. Valentine tanggal 14 Februari, ia mengirim puisi kepada isterinya di Perancis.

Oleh Geoffrey Chaucer, penyair Inggris, peristiwa itu dikaitkannya dengan

musim kawin burung-burung dalam puisinya.

Lantas, bagaimana dengan ucapan, Be My Valentine? yang sampai sekarang masih saja terdapat di banyak kad ucapan atau dinyatakan langsung oleh pasangannya masing-masing? Ken Sweiger mengatakan kata Valentine berasal dari bahasa Latin yang mempunyai persamaan dengan arti: Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa. Kata ini sebenarnya pada zaman Romawi Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang

Romawi.

Disadari atau tidak, demikian Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi To be my Valentine?, maka dengan hal itu sesungguhnya kita telah terang-terangan melakukan suatu perbuatan yang dimurkai Tuhan, istilah Sweiger, karena meminta seseorang menjadi Sang Maha Kuasa dan hal itu sama saja dengan upaya menghidupkan kembali

budaya pemujaan kepada berhala.

Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi atau lelaki rupawan setengah telanjang yang bersayap dengan panah adalah putra Nimrod the hunter dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia begitu rupawan sehingga diburu banyak perempuan bahkan dikisahkan bahwa ibu kandungnya sendiri pun tertarik sehingga melakukan incest dengan anak kandungnya itu!

Silang sengketa siapa sesungguhnya Santo Valentine sendiri juga terjadi di dalam Gereja Katolik sendiri. Menurut gereja Katolik seperti yang ditulis dalam The Catholic Encyclopedia (1908), nama Santo Valentinus paling tidak merujuk pada tiga martir atau santo (orang suci) yang berbeda, yakni: seorang pastur di Roma, seorang uskup Interamna (modern Terni), dan seorang martir di provinsi Romawi Afrika. Koneksi antara ketiga martir ini dengan Hari Valentine juga tidak jelas.

Sisa-sisa kerangka yang digali dari makam Santo Hyppolytus di Via Tibertinus dekat Roma, diidentifikasikan sebagai jenazah St. Valentinus.Jenazah itu kemudian ditaruh dalam sebuah peti emas dan dikirim ke GerejaWhitefriar Street Carmelite Church di Dublin, Irlandia. Jenazah ini telahdiberikan kepada mereka oleh Paus Gregorius XVI pada 1836.

Banyak wisatawan sekarang yang berziarah ke gereja ini pada hariValentine, di mana peti emas diarak dalam sebuah prosesi khusyuk dan dibawa ke sebuah altar tinggi di dalam gereja. Pada hari itu, sebuah misakhusus diadakan dan dipersembahkan kepada para muda-mudi dan mereka yang sedang menjalin hubungan cinta. Hari raya ini dihapus dari kalender gerejawi pada tahun 1969 dengan alasan sebagai bagian dari sebuah usaha gereja yang lebih luas untuk menghapus santo dan santa yang asal-muasalnya tidak bisa dipertanggungjawabkan karena hanya berdasarkanmitos atau legenda. Namun walau demikian, misa ini sampai sekarang masihdirayakan oleh kelompok-kelompok gereja tertentu.

Jelas sudah, Hari Valentine sesungguhnya berasal dari mitos dan legenda zaman Romawi Kuno di mana masih berlaku kepercayaan paganism (penyembahan berhala). Gereja Katolik sendiri tidak bisa menyepakati siapa sesungguhnya Santo Valentine yang dianggap menjadi martir pada tanggal 14 Februari. Walau demikian, perayaan ini pernah diperingatisecara resmi Gereja Whitefriar Street Carmelite Church di Dublin,Irlandia dan dilarang secara resmi pada tahun 1969. Beberapa kelompokgereja Katolik masih menyelenggarakan peringatan ini tiap tahunnya.

KEPENTINGAN PERNIAGAAN

Kalau pun Hari Valentine masih dihidup-hidupkan hingga sekarang, bahkan ada kesan kian meriah, itu tidak lain dari upaya para pengusaha yang bergerak di bidang pencetakan Kkad ucapan, pengusaha hotel, pengusaha bunga, pengusaha penyelenggara acara, dan sejumlah pengusaha lain yang telah meraih keuntungan sangat besar dari event itu.

Mereka sengajameniup-niupkan Hari Valentine Day sebagai hari khusus yang sangat istimewa bagi orang yang dikasihi, agar dagangan mereka laku dan mereka mendapat laba yang amat sangat besar. Inilah apa yang sering disebut oleh para sosiologi sebagai industrialisasi agama, di mana perayaan agama oleh kapitalis dibelokkan menjadi perayaan bisnis.

PESTA KEMAKSIATAN

Orang biasanya mengira perayaan Hari Valentine berasal dari Amerika. Namun sejarah menyatakan bahwa perayaan Hari Valentine sesungguhnya berasal dari Inggeris. Di abad ke-19, Kerajaan Inggeis masih menjajah wilayah Amerika Utara. Kebudayaan Kerajaan Inggeris ini kemudian diimport oleh daerah koloninya di Amerika Utara.

Di Amerika, kad Valentine pertama yang diproduksi secara dicetak setelah tahun 1847 oleh Esther A. Howland (1828 – 1904) dari Worcester,Massachusetts. Ayahnya memiliki sebuah toko buku dan toko peralatan kantor yang besar. Mr. Howland mendapat ilham untuk memproduksi kartu diAmerika dari sebuah kartu Valentine Inggris yang ia terima. Upayanya inikemudian diikuti oleh pengusaha-pengusaha lainnya hingga kini.

Sejak tahun 2001, The Greeting Card Association (Asosiasi Kartu Ucapan AS) tiap tahun mengeluarkan penghargaan "Esther Howland Award for a Greeting Card Visionary" kepada perusahaan pencetak kartu terbaik.

Sejak Howland memproduksi kad ucapan Happy Valentine di Amerika,produksi kad dibuat di seluruh dunia. The Greeting Card Association memperkirakan bahwa di seluruh dunia, sekitar satu million Valentine dikirimkan setiap tahun. Ini adalah hari raya terbesar kedua setelah Natal dan Tahun Baru (Merry Christmast and The Happy New Year),di mana kad-kad ucapan dikirimkan. Persatuan yang sama juga memperkirakan bahwa para perempuanlah yang membeli kurang lebih 85% dari semua kad valentine.

Mulai pada separuh kedua abad ke-20, tradisi bertukaran kad di Amerika mengalami perubahan. Kad ucapan, sekarang hanya sebagai pengiring dari hadiah yang lebih besar. Hal ini sering dilakukan pria kepada perempuan. Hadiah-hadiahnya biasa berupa bunga mawar dan coklat. Mulai tahun 1980-an, industri berlian mulai mempromosikan hari Valentine sebagai sebuah kesempatan untuk memberikan perhiasan kepada perempuan pilihan.

Di Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat, pada hari Valentine sering ditafsirkan sebagai permulaan dari suatu hubungan yang serius. Ini membuat perayaan Valentine di sana lebih bersifat dating yang sering di akhiri dengan (perzinaan)untuk menunjukkan rasa kasih sayang. Naudzubillahi min dzalik! Inilah yang dilakukan oleh ramai remaja hari ini.

Perayaan Valentine Day di negara-negara Barat umumnya dipersepsikan sebagai hari di mana pasangan-pasangan bebas melakukan apa saja,sesuatu yang lumrah di negara-negara Barat, sepanjang malam itu. Malah diberbagai hotel diselenggarakan aneka lomba dan acara yang berakhir dimasing-masing kamar yang diisi sepasang manusia berlainan jenis. Ini yang dianggap wajar, belum lagi party-party yang lebih bersifat tertutup dan menjijikan. Apakah sama saja orang yang mengaku beragama Islam dan yang bukan Islam?

IKUT MENGAKUI JESUS SEBAGAI TUHAN

Tiap tahun menjelang bulan Februari, banyak remaja mengaku beragama Islam ikut-ikutan sibuk mempersiapkan perayaan Valentine. Walau sudah banyak di antaranya yang mendengar bahwa Valentine Day adalah salah satu hari raya umat Kristiani yang mengandung nilai-nilai akidah . Ingatlah wahai remaja Muslim, sekali kalian tersasar kalian akan menangis sepanjang hidup. Menagislah keluar air mata darah sekalipun. Keadaan tidak boleh dipulihkan.

Nah, jika ada seorang Muslim yang ikut-ikutan merayakan Hari Valentine, maka diakuinya atau tidak, ia juga ikut-ikutan menerima pandangan yang mengatakan bahwa Jesus sebagai Anak Tuhan dan sebagainya yang di dalam Islam sesungguhnya sudah termasuk dalam perbuatan musyrik, menyekutukan Allah SWT, suatu perbuatan yang tidak akan mendapat ampunan dari Allah SWT. Naudzubillahi min dzalik!

Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut,”

Demikian bunyi hadits Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tirmidzi.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah juga berkata, “Memberi selamat atas acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwa perbuatan tersebut haram. Semisal memberi selamat atas hari raya dan puasa mereka, dengan mengucapkan, Selamat hari raya! dan sejenisnya.Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, paling tidak itu merupakan perbuatan haram. Berarti ia telah memberi selamat atas perbuatan mereka yang menyekutukan Allah. Bahkan perbuatan tersebut lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih dimurkai dari pada memberi selamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh. Banyak orang yang kurang mengerti agama terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyadari buruknya perbuatan tersebut. Ia telah menyiapkan diri untuk mendapatkan kemarahan dan kemurkaan Allah.

Allah SWT sendiri di dalam Al Quran surah Al-Maidah ayat 51 melarang umat Islam untuk meniru-niru atau meneladani kaum Yahudi dan Nasrani, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

Wallahu'alam bishawab.

PERINGATAN UNTUK REMAJA ISLAM KHUSUSNYA, ELAKKAN DARI MERAIKAN HARI VALENTINE YANG PENUH KEMAKSIATAN JIKA KAMU TAKUT PADA AZAB ALLAH

Buliten Al-HIKMAH Copyright 2009 wind of changes Designed by my template Image by Tadpole's Notez