Thursday, March 20, 2008

Mengimarahkan Surau Kita

Posted by alahai at 7:05 AM
Surau Darul Hikmah amat mengharapkan kehadiran para jemaahnya, untuk kita bersama bersembahyang berjemaah sebagaimana yang di tuntut oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya hukum bersembahyang berjemaah di surau/masjid adalah wajib sebagaimana dikisahkan bahawa Abdullah bin Umi Maktum radhiyallahu’anha pernah meminta keringanan untuk tidak solat berjama’ah di masjid dan mengemukakan berbagai alasan keuzurannya, diantaranya: buta matanya dan tidak ada sesiapa yang membawanya untuk menuju ke masjid.
Diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari Abu Hurairah ra, bahwa seorang yang buta datang menemui Rasulullah saw seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak memiliki penuntun yang bisa menuntunku ke masjid”. Orang itu meminta keringanan kepada Rasulullah saw. Maka Rasulullah pun mengizinkannya. Namun kemudian ketika orang itu berpaling, Rasulullah saw memanggilnya seraya berkata: “Apakah engkau mendengar panggilan untuk solat?” Dia menjawab: “Ya”. Maka beliau s.a.w bersabda: “Kalau begitu penuhilah!” (HR. Shahih Muslim dalam Kitabul Masaajid).

Dalam hadits di atas sangat jelas disebutkan bahwa Rasulullah saw tidak memperkenankan orang yang buta tersebut untuk solat di rumah jika ia masih mendengar panggilan azan . Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah menyatakan bahawa dapat mendengar adzan adalah ukuran jarak rumahnya dari masjid. Jadi selama dia masih mendengar azan, dia masih dianggap dekat dan tidak ada keringanan baginya untuk sholat di rumah.

Sesungguhnya telah jelas bahawa konsep mengimarahkan masjid memerlukan satu perubahan yang sebenar, bahawa masjid/surau bukanlah semata-mata tempat bersembahyang atau ceramah-ceramah agama. Sekurang-kurangnya ada enam fungsi masjid mengikut al-sunnah. Pertama pusat ibadat, kedua pusat masyarakat, ketiga pusat ekonomi, keempat kegiatan politik, kelima pendidikan, dan keenam pusat seni.

Rasulullah s.a.w sendiri memulakan enam perkara disebut di atas.Baginda jadikan Masjid Nabi di Madinah itu sebagai institusi pendidikan menyampaikan ajaran islam, pusat ekonomi engulfment zakat, sebagai mahkamah, gerakan politik termasuk urusan perang dan pusat kegiatan seni. Penyair Islam seperti Hassan bin Thalib pernah mendeklamasikan sajak-sajaknya di masjid itu.bagi Surau sebagai pemangkin pembangunan syiar Islam dan tanda perpaduan umatnya. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah memperbaiki diri bagi melakukan sedikit pengorbanan masa dan pergunakan masa yang ada di dunia ini untuk menggandakan sebanyak mungkin pahala kebaikan untuk hari akhirat kita.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan rumah Allah S.W.T ini sentiasa dipenuhi dengan para jemaahnya menjalankan amal ibadat semata-mata kerana Allah S.W.T. Marilah kita bersama-sama menguatkan azam dan menanamkan itizam untuk membawa perubahan ke dalam kehidupan kita.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nuur ayat 36, tafsirnya: "Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya, di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang."

Semoga usaha kita untuk memakmurkan Rumah Allah S.W.T ini akan mencerminkan kerahmatan dan keberkatan yang dilimpahi oleh Yang Maha Esa. Amin.

0 comments on "Mengimarahkan Surau Kita"

0 comments:

Buliten Al-HIKMAH Copyright 2009 wind of changes Designed by my template Image by Tadpole's Notez