SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU DARUL HIKMAH

Wednesday, August 4, 2010

Jais: Purata 30 AJK surau, masjid letak jawatan

Posted by alahai at 6:18 AM 0 comments
ira-kira 30 anggota jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor termasuk nazir, bendahari dan imam meletak jawatan setiap bulan disebabkan tiada persefahaman sesama mereka.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata perkara itu mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap pemilihan AJK yang dibuat menerusi mesyuarat agung.

"Setiap bulan saya perlu tandatangan peletakan jawatan AJK purata antara 20 ke 30 orang. Jumlah itu masih kecil berbanding jumlah kesemua AJK di negeri ini iaitu kira-kira 8,000 orang, tetapi kalau tidak diatasi takut menjadi perbalahan dan mendatangkan masalah kepada pengurusan masjid dan surau," katanya kepada pemberita, di Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata rasa tidak puas hati juga timbul berhubung pelaksanaan projek, sumbangan serta ketiadaan kerjasama antara mereka menyebabkan ada yang menjalankan tugas orang lain.

"Seperti contoh di Kuala Langat, ada orang beri sumbangan tidak melalui nazir dan bendahari tetapi terus beri kepada bilal dan bilal pula terus lantik kontraktor untuk melaksanakan projek. Bendahari dan nazir tidak tahu kerana tiada kerjasama. Sistem dan senarai tugas dah ada tetapi ada yang buat tugas orang lain.

"Sepatutnya bilal kena maklumkan bendahari dan nazir tetapi dia terus buat, ini menunjukkan tiada ketelusan. Banyak lagi sebab seperti penceramah, biro agama nak panggil orang ini, nazir pula tidak setuju," katanya.

Mohammed Khusrin berkata sikap sedemikian tidak harus wujud dan seharusnya AJK masjid dan surau tidak memperbesarkan isu-isu yang remeh sehingga boleh menggugat persaudaraan sesama umat Islam.

Mereka sepatutnya melaksanakan tugas demi kepentingan agama, bukan kepentingan peribadi atau kelompok tertentu, katanya.

Mengulas perkembangan lain, Mohamed Khusrin berkata hanya sekitar 40 peratus penceramah yang berceramah di masjid dan surau negeri itu mempunyai tauliah manakala selebihnya sukar dipastikan kerana tidak menyertakan maklumat lengkap.

"Dari laporan yang kita terima dan kumpulkan dari semua masjid dan surau daerah, kita dapati ada borang membabitkan maklumat peribadi penceramah yang memberi ceramah tidak lengkap seperti tidak meletak nama penuh, kad pengenalan dan nombor rujukan tauliah," katanya.

Sehubungan itu, Mohammed Khusrin meminta agar AJK masjid dan surau bekerjasama dengan mengemukakan maklumat penceramah yang lengkap menggunakan borang yang disediakan serta menghantar laporan tersebut kepada JAIS setiap
bulan.

"Kita juga mengharapkan agar semua AJK membantu mereka yang tidak bertauliah supaya memohon tauliah bagi memastikan setiap perkara yang disampaikan oleh penceramah memberi kesan positif kepada perpaduan umat Islam," katanya.

- Bernama

Sunday, August 1, 2010

Kembara Anak Kariah di Gunung Nuang

Posted by alahai at 6:08 AM 0 comments
Alhamdulillah, Akhirnya Kembara Anak Kariah Fasa 4 di Gunung Nuang berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terimakasih dan tahniah kepada anak-anak kariah Fasa 4 yang dan Bandar Sultan Suleiman yang telah berjaya melalui program ini dengan Jaya. Tak lupa juga ribuan terima kasih kepada Saudara Wan Adnan selaku pengurus program, di bantu oleh Tn Hj Ansori, Bro Anuar (Atok),Tuan Kadir, Jisam Sulaiman,Zul Hadi, Cikgu Budiman,Saudara Muhidin. Tanpa jasa tuan-tuan program ini tak mungkin dapat dijalankan seperti di rancang. Artikel mengenai program ini akan menyusul kemudian. di bawah ini slide photo di sepanjang program tersebut. klik link ni http://s96.photobucket.com/albums/l171/Sillverstate/SDHF4%20kembara%20Nuang untuk tgk album keseluruhan

Seperti sedia maklum, program ini tidak mengunakan dana surau seperti yang di tegaskan pegerusi, namun program malam minggu ini akan mengunakan kewangan surau...sedangkan dua-dua program surau. So, mohon berlaku adil, jangan suka-suka guna kuasa dan kepentingan diri sendiri.

Seperti yang di rancang sejak awal tahun lagi , program kembara anak kariah yang berjaya di jalankan dengan lancar pada 30,31 Julai dan 1 Ogos, selama 3 hari 2 malam di Resort Jabatan Hutan Gunung Nuang. Sasaran awal seramai 30 orang penyertaan namun akhirnya Seramai 23 anak remaja Fasa 4 dan bandar Sultan suleiman berjaya di kumpulkan.

Ini lah program yang terlalu banyak dugaannya untuk dilaksanakan. Namun atas kekuasaan dan kehendak Allah S.W.T program ini berjaya di jalankan seperti yang telah di rancang sejak dari awal tahun lagi.

Program telah diisi dengan ceramah-ceramah motivasi yang telah di sampaikan oleh Tn Hj Ansori, Al ustaz Cikgu Budiman dan penceramah jemputan dari Universiti Malaya saudara Ali Rashidin. Pengisian ceramah berkisar tentang menghormati ibubapa, kepentingan menuntut ilmu dan keperibadian diri.

Tn Hj Ansori mengimamkan solat Subuh

Tazkirah Subuh oleh Tn Hj Ansori

Bersedia untuk sarapan pagi sebelum mendaki

Bungkusan makanan yang akan di bekal kepada peserta untuk makanan tengahari di puncak Nuang

Warming up sebelum mendaki

Darul Hikmah Boleh!

Pondok perhentian pertama, 30 minit mendaki dari park Renger

River Crossing pertama menuju Camp Site Lolo Dam

River crossing ke 2 menuju Lolo Dam

Kami berjaya samapai di Lolo Dam setelah mendaki selama 2jam 30 minit

Acara mandi manda di air terjun Lolo Dam

Happy Hour

Mandi puas-puas

Kami anak kariah surau darul hikmah, sanggup menghadapi apa jua rintangan

makan malam hari ke-2

Ceramah oleh saudara Ali Rashidin dari UM

Durian pun ada beb!

Ceramah selepas solat subuh di sampaikan oleh Al fadil ustaz Cikgu Budiman. Cikgu memang mantap dalam hal ini. semoga apa yang cikgu sampaikan meninggalkan kesan kepada anak-anak kita ini

Tuesday, July 20, 2010

1 surau, Salam saliturahim di dahulukan, keredhaan Allah S.W.T di utamakan

Posted by alahai at 3:49 AM 0 comments
"Anak Kariah" telah memberi komen dan pandangan dan ugutan di dalam blog ini seperti bawah.
Sejujurnya aku agak tersentuh dan terganggu emosi membaca tulisan beliau. selama ini aku cuba sedaya upaya menahan diri daripada menggunakan medium ini untuk menyerang,menghentam,menghina, memburukkan kawan-kawan satu kariah. Blog ini aku ujudkan hanya semata-mata cuba untuk mempromosi dan memaklumkan aktiviti-aktiviti surau kepada anak-anak kariah.

Aku sedar aku bukan orang besar di kariah ini, cuma ilmu internet yang tuhan anugerahkan sekelumit ini aku cuba guna sebaik mungkin untuk menyampaikan berita dan usrah kepada anak kariah yang sentiasa sibuk tak kira siang dan malam untuk mencari rezeki buat mengisi perut anak isteri hingga tak sempat untuk sembahyang berjemaah di surau.

Kelebihan ini tidak menjadikan aku lebih baik daripada anak-anak kariah yang lain malah tidak menjadikan aku riak dan takbur hingga sanggup meluahkan kata-kata seperti imam yahudi, sebotaj, boikot dan macam-macam lagi. Kalau dah tahu imam macam yahudi kenapa ikut berjemaah jadi makmum? Jadi bukan ke ini maknanya orang yang menuduh tu pun yahudi juga!

Seperti yang di pesankan atau di beri peringatan oleh tuan pengerusi surau supaya jangan menyampaikan berita-berita tohmahan menggunakan sms atau cakap-cakap belakang, kalau ada rasa tidak puas hati datang berjumpa bersemuka. Aku patuh pada arahan ini, walaupun aku tak pernah menyebarkan sebarang sms memburukkan sesiapa kepada AJK lain.

Dibawah ini tulisan warna merah adalah komen beliau yang di maksudkan. Saya sertai sekali jawapan kepada setiap ulasan dan tuduhan beliau.

Salam sejahtera,
1. Baru-baru ini telah berlangsung sambutan Israk Mikraj di Surau Darul Hikmah dan saya melihat ia merupakan aktiviti pertama Jawatankuasa yang baru dilantik.

komen Al-hikmah....
kebanyakkan AJK baru terdiri daripada AJK lama juga
. Kalau tak suka kami, cakap aje terus terang.. saya rela mengundur diri, daripada menanggung beban tak bergaji ini, buat apa. Sendiri buat dosa, bagi peluang orang lain buat dosa. lebih baik mengundur diri. InsyAllah dalam masa terdekat ini saya akan mengundur diri. Tuan tadbir lah surau ini ikut kehendak tuan.. Semoga Allah S.W.T memberi limpah kurnianya yang tak terhingga di atas pengorbanan tuan terhadap agama tercinta ini. Ingat! Jangan jadikan Islam milik kita, kerana Islam bukan milik kita! Kita penganutnya dan kita adalah hambaNya.

2.Saya ingin mengucapkan syabas kerana ia telah berlangsung dan dikendalikan dengan penuh teratur, aman serta diterima baik dikalangan anak kariah surau berkenaan.
komen Al-hikmah.... Kita semua anak kariah..apa yang kita buat mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah...dengan kesedaran tinggi anak kariah atas kewajipan mereka ke atas perintah Yang Maha Esa. Semoga Allah S.W.T akan memberi limpah kerahmatanNya.

3. Dalam pada masa yang sama terdapat khabar yang amat dikesali akan terdapat segelintir AJK surau telah bertindak memboikot majlis tersebut.

komen Al-hikmah....
Sapa yang boikot...jangan tuduh sebarangan...tak tau bertanya...jangan di tambah dosa yang sedia ada.
Masing-masing ada urusan dan keperluan peribadi yang perlu di uruskan. Tuan pun kata terdapat khabar....ini khabar buruk sangka, tuan yang berilmu tinggi ni jangan layan la...Lagi pun ini bukan kewajipan AJK sahaja..dan bukan wajip pun...nak buat buat sahaja la tak payah bising-bising...Dah lama kami laksanakan program surau dengan cara begini tak jadi masalah pun. Semasa AJK sessi yang lepas mentadbir surau, tak ada pun kami menuduh sesiapa yang tak datang surau telah bertindak memboikot solat berjemaah dan program yang pihak surau anjurkan.
Sekarang ini pun tidak juga mereka-mereka ini hadir mengisi ruang-ruang kosong semasa majlis-majlis ilmu di surau. Adakah tuan telah bertindak memboikot majlis ilmu di surau?

4. Pada pandangan saya ia berlaku berkemungkinan timbul perasaan tidak puashati terhadap tindakan Pengerusi baru surau yang telah melantik beberapa individu yang dilihat mempunyai pengaruh besar khasnya di kariah surau darul hikmah.

komen Al-hikmah....
Isu ini dah di selesaikan pada mesyuarat
kali pertama AJK sesi 2010/2013 pada bulan Jun 2010 lepas. Keputusan mesyuarat telah menerima perlantikan AJK Tambahan tersebut. Apa yang berlaku pengerusi mengumumkan senarai perlantikan AJK Tambahan tersebut semasa mesyuarat pernyerahan tugas antara AJK lama dengan AJK baru Hal ini sepatutnya di maklumkan di dalam meyuarat AJK baru dan di perbincangkan terlebih dahulu. Hal ini menimbulkan kejutan kepada segelintir AJK termasuk saya. Kalau pengerusi bawa berbincang terlebih dahulu dan memberi penjelasan kepada kewajaran tindakan beliau, hal in boleh di putuskan dengan baik tanpa melukakan hati mana-mana pihak.
Tuan, kita ke surau kerana apa? Mempunyai pengaruh yang besar untuk apa? Darjat kita sama sahaja semasa mendirikan solat. Setinggi mana darjat dan pengaruh masih lagi berdiri di belakang imam, masih lagi berdiri lurus dalam satu barisan.
Kalau pengaruh yang besar untuk menyuruh orang datang solat, dan orang-orang itu datang solat kerana menghormati pengaruh besar itu..ini dah salah besar...silap haribulan keredhaan Allah yang kita cari lain yang di beri.

Ada AJK yang menyokong perlantikan individu yang mempunyai pengaruh besar ini menyatakan di dalam mesyuarat supaya menerima perlantikan ini kerana orang yang mempunyai pengaruh besar ini mempunyai ramai orang-orang yang dia yang dapat di kerah untuk memenuhi surau dan orang yang mempunyai pengaruh besar ini dikatakan pandai mencari wang untuk memenuhi tabung surau. Mesyuarat telah mempersetujui perlantikan orang yang mempunyai pengaruh besar ini, mohon jangan dijadikan isu ini berpanjangan bagaikan tiada titik noktah nya.

5.Namun begitu, Allah itu Maha Berkuasa dan berkat keizinanNya, majlis berkenaan telah berjalan dengan penuh cemerlang walaupun ia diboikot oleh kacang-kacang hantu yang tidak tahu mengenang budi dan bersyukur.
komen Al-hikmah....
Hal in aku betul-betul kecewa dan terluka hati...lain kali kalau tak tahu hal sebenar datang lah bertanya jangan tuduh sebarangan. Apa maksud tuan menulis "tak tahu mengenang budi dan bersyukur"? dan apa jasa besar yang telah tuan buat kepada kami yang tuan tuduh kacang-kacang hantu ini?
Untuk pengetahuan tuan, tuan imam kita telah membuat panggilan dan sms untuk peringatan berkali-kali kepada ustaz yang sepatutnya memberi ceramah di majlis berkenaan sejak dari pagi lagi. Namun tiada sebarang jawapan balas di perolehi daripada beliau.
Setelah pukul 6.30 petang tuan imam kita menerima sms dari ustaz tersebut menyatakan beliau tidak dapat hadir. Hal ini serta merta di maklumkan melalui call kepada pengerusi. Ketika ini lah kedengaran suara yang tak beriman menuduh tuan imam kita dengan ayat, " imam apa, perangai macam yahudi"...tak payah cari penganti..apa nak di sibuk-sibuk cari penganti". Timbul lagi suara tak berahlak menuduh.." ini sebotaj".
Tuan imam kita telah mengambil tindakan mencari penganti...tetapi tuan pengerusi dan barisan penasihatnya telah meminta pihak masjid membawa ustaz yang sepatutnya mengajar tazkirah lepas magrib di masjid menganti tempat yang tidak hadir ini.
Saya mohon jangan menuduh sebarangan munafik tu...pergi lah tanya ustaz yang tak hadir tu kenapa beliau tidak hadir dan kenapa beliau tidak maklumkan awal tidak dapat hadir. Sepekara lagi....pemilihan imam tersebut di putuskan di dalam mesyuarat dan tuan imam kita hanya menjalankan tugas beliau. Kalau kita tuduh orang ..4 jari lagi menuduh kita semula.

6. Dalam pada masa yang sama, saya difahamkan bahawa telah timbul satu lagi isu yang jelas betapa kurang ajarnya mereka ini yang berani melacurkan surau demi untuk memenuhi nafsu dan kepentingan diri.
komen Al-hikmah....
yang ni aku tak boleh komen....kerana tak tahu apa maksud tuan yang sebenarnya.Mohon tuan hubungi saya melalui email atau call saya untuk menerangkan maksud tuan yang sebenar

7. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Pengerusi surau dan tindakan tegas tanpa kasihan akan diambil sebagai menjadi teladan kepada kita semua.

komen Al-hikmah....
Alhamdulillah... Tapi saya tak paham apa yang dimaksudkan oleh tuan yang bijak sana. Buktikan dengan bukti yang jelas, kalau tiada bukti pinggirkan sajalah jangan di tambah dosa yang ada, lagi di fikirkan akan merosakkan akal dan hati yang sedia ada rosak dengan syak wasangka dan rasa curiga macam jantan gila talak. Jangan jadi macam perempuan yangsuka mengumpat dan uat fitnah. Surau merupakan rumah Allah S.W.T yang perlu di imarahkan. Surau tempat kita mendirikan solat lima waktu berjemaah yang wajib dan keutamaan s
ebagai seorang muslim. Surau tidak akan bercahaya hanya dengan selogan dan cogankata yang canggih atau pun atas perintah dan arahan seseorang. Pengerusi boleh mengambil apa-apa sahaja tindakan setegas mana dia mahu. Jika pengerusi hanya mendengar pandangan dan nasihat dari sebelah pihak sahaja sedangkan pihak yang lagi satu diabaikan dan tidak di tanya dan di selidik kenapa dan mengapa..ini merupakan pengerusi yang zalim. Jangan diaibkan dan memecah belahkan seseorang tanpa sebab. Yang memangku jawatan dulu, dia pun ada jasanya yang telah di lunaskan di surau kita. Perlu difikirkan jasanya yang dibuat biar pun sekilas. Jangan tengok orang sebelah mata. Kecil jangan disangka anak, Besar jangan di sangka Bapak. Fikir-fikirkan lah.

8. Mungkin pihak tuan mengetahui siapa dalangnya dan kami yang cintakan keamanan ini meminta tuan menasihatkan kacang hantu ini agar bersedia.

komen Al-hikmah....
Kalau sukakan keamanan, tak sebarkan di blog ini. Kalau berugama amalkan jangan buat begini. Hanya orang yang tak beriman sahaja yang hatinya penuh dengan nanah dan membusuk sanggup melontar fitnah . Muka sahaja melayu, mengaku melayu tetapi menjatuhkan bangsa melayu juga. Ini lah orang-orang kita yang suka mengagung-agungkan orang yang munafik.
Tuan secara tak langsung menuduh saya, tak pa la saya terima dan saya redha dengan ketentuan Ilahi. Memandangkan saya tidak memahami apa isunya apatah lagi mengetahui siapa kah gerangan kacang hantu tersebut, terpaksa lah saya siarkan di sini dengan harapan kacang hantu tersebut membacanya dan membuat persediaan yang sepatutnya.

9. Usah salahkan sesiapa kerana kami semua semenjak dia dilantik memangku satu jawatan utama surau amat sedar akan latar belakang dia ini yang amat licik berkata-kata dan dalam pada masa yang sama menyamun kita di depan mata.
komen Al-hikmah....
Sekurang-kurangnya dia bersikap terbuka dan berusaha sedaya dia mengimarahkan surau. Soal surau penuh atau tidak sembahyang berjemaah dan penuh sesak dengan jemaah di majlis-majlis ilmu, itu tuhan punya kuasa. Amalan anda, anda yang tentukan dan tuhan yang membalasnya bukan kami AJK surau.

Kita perlu mengakui dia bijak bercakap sepadan dengan kebolehan dan kelulusanya. Apa kita nak kata.....Sewaktu dia memangku dia mampu menjayakan program dengan terbaik dengan caranya. Tapi dia ada pendirian sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang cuba merosakkan keharmonian surau. Sekurang-kurangnya dia berani...mana yang lain hanya berani cakap belakang sahaja....Nak jadi pemimpin biar jadi jantan..Dia jadi pemangku dengan persetujuan mesyuarat. Untuk maklum tuan yang bijaksana semasa perlantikan pemangku dibuat secara undian oleh AJK sessi yang lalu.

Terdapat 3 nama di calonkan, Nama yang pertama telah menolak percalonan, tinggal lagi 2 calon, iaitu beliau dan sorang lagi tu..apa namaaaa....Undian di jalankan dan beliau telah memperolehi majoriti dan memperolehi mandat yang sah dari AJK surau untuk menjadi pengerusi sementara surau kita ini.
Namun ada pihak yang tidak redha akan perlantikan ini telah mengadu domba kepada JAIS dan menabur segala macam fitnah kepada JAIS agar beliau di gugurkan

10. Semoga Allah SWT terus memelihara Surau Darul Hikmah serta anak-anak kariahnya daripada musuh-musuh yang nyata mahupun yang tidak. Insyaallah
Komen Al-hikmah....
Ya...marikan kita sama-sama berdoa semoga Anak Kariah sama-sama memenuhi surau dengan solat berjemaah dan mengikuti segala program yang telah di rancang pihak pentadbir surau. Semoga Allah S.W.T merahmati kita , kejiranan kita dan kehidupan kita.

Usahlah di boikot lagi surau ini, kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan sama ada pada diri sendiri dan agama islam ini yang kita mengaku sebagai penganutnya. Lagi pun pengerusi dan barisan AJK sessi 2010/2013 ini terdiri daripada kalangan yang disukai oleh anak kariah. Isu boikot dan memboikot surau ini telah berlarutan sejak surau ini di tubuhkan lagi. Sudah-sudah la, kita beramal kerana perintah yang Maha Esa, bukan kerana seseorang. Amalan tuan adalah hak tuan untuk di tuntut di hari Akhirat nanti, jangan di tuntut pada AJK surau, kerana amalan mereka pun belum tentu lagi di terima oleh Allah S.W.T. Penuhi lah surau dengan niat kerana Allah S.W.T...jangan pula tak datang surau kerana benci pada seseorang . Ingat! Sembahyang berjemaah itu kewajipan kita!

Kami telah buat yang terbaik, untuk pengetahuan tuan, cadangan perlantikan pengerusi sekarang ini adalah atas usaha kami. Kami tahu dan sedar pemangku pengerusi dulu tidak disukai dan di benci segelintir anak kariah. Jadi jika sebab ini surau ini enggan di pijak anak tangga nya oleh segelintir orang, kami mengambil jalan tengah untuk mencadangkan nama pengerusi sessi AJK sekarang ini jika itu dapat menyatu padukan kita semua. Sekarang pengerusi dah bertukar, apa tunggu lagi marilah kita menenuhi surau ini dengan berkasih sayang sesama kita.Tanya lah pada pengerusi baru ini, beliau lebih mengetahui hal ini.

Sekian dari saya, jika tuan marah dan terguris hati dengan jawapan ini, saya tak mampu berbuat apa-apa untuk menampal hati tuan yang terluka, sebagai seorang muslim saya mohon maaf sebarang salah silap saya.

Untuk makluman tuan, saya telah log off kan ruangan komen di blog ini. Bukan kerana saya takut, tetapi saya tak mahu blog ini kita jadi sarang fitnah mefitnah semasa kita. Sepertimana yang jelaskan di atas, blog ini bukan tempat saya menyebarkan khabar angin, menegakkan benang yang basah dan seangkatan dengannya. Jika ada sebarang kemusykilan dan penjelasan tuan boleh lah hubungi saya melalui sms dan call ke no phone saya. Jika tuan ingin meluahkan perasaan berkecamuk di hati tuan, dan masih ingin diwar-warkan seantero dunia silalah tulis di blog tuan sendiri, saya tiada halangan. Tuan juga diberi izin oleh saya untuk berbuat apa saja yan tuan suka dengan posting ini.

Sekian, dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali.

1 SURAU, SALAM SALITULRAHIM DI DAHULUKAN, KEREDHAAN ALLAH S.W.T DI UTAMAKAN.

Wednesday, June 30, 2010

Makna Seorang Teman

Posted by alahai at 7:40 AM 0 comments

By: agussyafii

Ada dua teman karib sedang dalam perjalanan. Ismail dan Salim namanya. Ditengah perjalanan mereka bertengkar, Ismail tidak menahan amarah kemudian mendorong Salim sampai terjatuh. Meski Salim sakit, Salim tidak melawan. Tanpa bertutur kata. Salim menulis di atas pasir.

'Hari ini temanku mendorongku sampai jatuh.'

Mereka lalu melanjutkan perjalanan hingaa menemukan sungai untuk membersihkan badan. Namun ternyata sungai itu teramat dalam sehingga Salim hanyut dan nyaris tenggelam dan diselamatkan oleh Ismail, temannya. Ketika Salim siuman dan rasa ketakutannya hilang Salim menulis disebuah batu.

'Hari ini temanku menyelamatkan nyawaku.'

Melihat apa yang dilakukan Salim, Ismail terheran-heran dan bertanya, 'Kenapa waktu aku mendorongmu hingga terjatuh, kau menulis diatas pasir dan sekarang kau menulis diatas batu?'

Salim tersenyum dan menjawabnya, 'Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus luka dihati. Dan apabila diantara teman terjadi kebaikan sekecil apapun kita harus memahat diatas batu hati kita agar kita tetap mengenang, tidak hilang tertiup waktu.' Dua teman baik itu akhirnya tertawa bersama, bahagia menikmati pemandangan yang indah disetiap perjalanan.

Pesan kisah diatas adalah hidup ini kita seringkali berbeda pendapat dan berkonflik karena sudut pandang yang berbeda. Oleh karena itu saling memaafkan dan melupakan masalah dan kesalahan orang lain akan membuat hidup kita menjadi bahagia dan kebaikan orang lain yang pernah dilakukan untuk kita menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita yang senantiasa tersimpan dalam hati tak terhapus oleh waktu. Itulah makna seorang teman.

Wassalam,
agussyafii

Tuesday, April 13, 2010

Mesyuarat Pemilihan Khas AJK Surau sesi 2010/2013

Posted by alahai at 9:42 AM 0 comments
Tahniah di ucapkan kepada anak kariah Surau Darul Hikmah Fasa 4, Bandar Sultan Suleiman yang telah terpilih menganggotai AJK Surau Darul Hikmah Sesi 2010/2013. Alhamdulillah Mesyuarat Khas permilihan AJK Surau berjalan dengan lancar. Majlis telah di pengerusikan oleh Hj Jelani, pengerusi JKKPP. Seramai 81 orang anak kariah telah hadir turut serta di dalam pengundian ini.

Semoga nama-nama yang telah di lantik dapat menguruskan perjalanan surau ke arah mengembangkan siar islam ke arah lebih baik lagi.. Untuk renungan bersama saya copy komen pengunjung blog ini yang mengelar dirinya "anak kariah". Semoga apa yang di lontarkannya kita renungkan bersama, mari lah kita bersama-sama berganding bahu mengagungkan rumah Allah ini.

Kita hamba Nya...tiada yang lebih tiada yang kurang...Kita di cabut nyawa oleh malaikat yang sama, kita akan di tanya soalan-soalan yang sama, kita akan berdiri berhimpit-himpit di padang masyhar yang sama, kita meniti di titian sirultul mustaqim yang sama. persoalannya adakah kita menempoh peristiwa ini dalam keadaan yang sama...? Islam adalah tanggungjawab setiap penganutnya. Islam di wajibkan kepada setiap manusia, bukan persatuan atau pertubuhan.

Renungilah firman Allah s.w.t dalam ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang merupakan ayat yang diterima oleh Nabi semasa bertemu Allah s.w.t pada malam Israk Mikraj selain daripada kewajipan solat lima waktu sehari semalam, yang maksudnya:

“Allah s.w.t tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.”

Salam,

1. Memang benar apa yang tertulis di dalam rencana tersebut. Kita tidak perlu melihat jauh tetapi apa yang berlaku didepan mata sendiri.

2. Kita sering menyeru agar senantiasa mengimarahkan surau dan masjid. Tetapi sebaliknya dalam pada masa yang sama kita tidak mendekati anak kariah sendiri.

3. Kita sering mengeluh surau atau masjid tidak dikunjungi oleh anak kariah tetapi apabila mereka mengunjunginya dismabut dengan kata-kata berbentuk hinaan.

4. Apabila berlaku kematian, orang lain lebih mendahului datang membantu menguruskan jenazah tersebut.

5. Apabila diadakan majlis kenduri, doa selamat dsbnya, pihak surau akan lebih mengutamakan "orang-orang"nya sendiri dan majlis tersebut ditinggalkan begitu sahaja tanpa rasa berdosa dan bersalah.

6. Apabila memilih pengerusi, mereka tidak melihat dari ciri-ciri keagamaannya tetapi lebih kepada fahaman politiknya, pengaruhnya. Segala perkara-perkara buruk dibelakangnya di ketepikan begitu sahaja.

7. Kalau anak kariah sendiri dianaktirikan oleh masjid dan surau maka itulah yang berlaku kepada surau dan masjid kini.

8. Semoga pemilihan ajk baru surau darul hikmah kelak akan mengundang perubahan yang diterima, yang dimahukan oleh anak-anak kariah Fasa 4.

Wasalam

Wednesday, March 10, 2010

Bencana Kerana Perbuatan Sendiri

Posted by alahai at 5:30 AM 0 comments

Bencana Kerana Perbuatan Sendiri

Kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Ini termasuklah pembunuhan yang berpunca daripada perasaan tamak serta dengki khianat sesama manusia itu sendiri.

Selain daripada itu, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melanda sebahagian besar muka bumi yang kita diami.

Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan juga kerugian harta benda yang tidak ternilai. Dalam pada itu, ada juga tempat-tempat yang jarang atau tidak pernah kita dengar berlaku gempa bumi, kini dilaporkan mengalami kejadian itu.

Begitu juga dengan peperangan, hampir setiap hari beribu-ribu manusia terkorban kerana bencana buatan manusia sendiri. Daripada peristiwa itu, dapat kita melihat bagaimana manusia dan alam kini semakin kalut dengan pelbagai kemelut. Bagaimanapun, qada' dan qadar Allah ternyata berlaku terhadap manusia berasaskan perbuatan mereka sendiri.

Apabila datang bencana, ia adalah balasan yang setimpal daripada Allah kepada segelintir hamba-Nya yang tidak pernah mahu menginsafi perbuatan masing-masing dengan meneruskan penderhakaan terhadap Allah.

Kalau direnung secara mendalam, kita akan dapati bahawa segala malapetaka yang berlaku sekarang membuktikan keagungan Allah terhadap hamba-Nya.

Kemarau dan banjir umpamanya menakutkan manusia di serata dunia. Ini kerana ia boleh berlaku di mana saja tanpa mengira keadaan iklim atau fizikal sesuatu tempat itu lagi hingga ia kadangkala turut mengelirukan pihak yang terbabit untuk membuat kajian saintifik mengenai bencana tersebut.

Dalam hubungan itu, masing-masing lupa bahawa bencana itu adalah ketetapan Allah lantaran kedurjanaan yang dilakukan oleh kelompok manusia tertentu. Kini, maksiat berlaku di merata tempat dan manusia kian gila dengan kehidupan sosial tanpa batasan.

Kalau dikaji secara mendalam, bencana seperti kemarau yang begitu teruk sebenarnya adalah bala Allah terhadap manusia yang enggan mensyukuri nikmat Allah.

Rezeki dan kurniaan Allah terhadap mereka banyak dilaburkan ke jalan maksiat dan sia-sia. Apabila diuji oleh Allah dengan kepapaan dan kemiskinan, mereka begitu mudah berputus asa dan mula menderhakai Allah dengan melakukan alternatif yang tidak direstui Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu."
(Surah As-Syura: ayat 30)

Sebagai umat Islam yang meyakini keesaan dan keadilan Allah, maka adalah perlu bagi kita semua untuk merenungi dan meneliti setiap kejadian ngeri, termasuk pelbagai musibah yang berlaku dengan penuh keinsafan.

Insaf kerana segala apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah dan insaf untuk beringat-ingat bahawa bencana yang terjadi akan menimpa sesiapa jua nanti, andainya mereka melakukan penderhakaan terhadap Allah.

Dalam hal ini, setiap kita perlu merenung ke dalam diri kita dengan serius, mengkaji setiap tingkah laku dan tindakan yang kita ambil sekian lama, apakah semuanya menepati kehendak masyarakat keseluruhannya atau menyeleweng daripada landasan kebenaran dan keredaan Allah.

Apabila Allah sendiri berjanji seperti di dalam firman-Nya itu, maka tidak mustahil setiap bencana yang berlaku adalah balasan di atas sikap dan perlakuan manusia itu sendiri.

Dalam pada itu, jika ada kesederhanaan dalam malapetaka yang menimpa seseorang atau sesuatu umat, maka ia barangkali menjadi satu ingatan dan pesanan daripada Allah agar mereka yang terbabit segera insaf dan kembali kepada kebenaran.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa."
(Surah Hud: ayat 52)

Keengganan menunaikan beberapa tuntutan Islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai hubungan dengan bencana, antaranya kemungkinan berlaku kemarau panjang seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan selama-lamanya."

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Sunday, March 7, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431hijrah

Posted by alahai at 7:36 AM 0 comments

lagi gambar klik sini --> maulidur rasul

sekitar majlis Sambutan Maulidur Rasul Di Surau Darul Hikmah Fasa 4, Bandar Sultan Suleiman, Port Klang.
Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Mohammad Bin Abdullah Al Hafiz Atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Amin.. Alhamdulillah sambutan amat baik dari anak kariah dan penduduk sekitar. Hampiran 600 orang muslimin dan muslimat telah hadir mengikuti majlis ini. Program di mulakan dengan bacaan umul kitab oleh Tuan Bilal masjid As-saadah Port Klang , Tn.Hj. Ibrahim. Selesai sahaja bacaan beliau, salawat ke atas junjungan rasulullah S.A.W di ucapkan oleh seluruh hadirin .

Friday, February 12, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Posted by alahai at 9:33 PM 0 comments

Tuesday, February 2, 2010

Sirah Nabi Muhammad S.A.W

Posted by alahai at 11:32 PM 0 comments
Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat Quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94.)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"
Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Kewafatan Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Di balik kehidupan insan bernama: "Muhammad"
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur
Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."Rasulullah lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"
Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.
1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.
2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.

Buliten Al-HIKMAH Copyright 2009 wind of changes Designed by my template Image by Tadpole's Notez