Alhamdulillah, Akhirnya Kembara Anak Kariah Fasa 4 di Gunung Nuang berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terimakasih dan tahniah kepada anak-anak kariah Fasa 4 yang dan Bandar Sultan Suleiman yang telah berjaya melalui program ini dengan Jaya. Tak lupa juga ribuan terima kasih kepada Saudara Wan Adnan selaku pengurus program, di bantu oleh Tn Hj Ansori, Bro Anuar (Atok),Tuan Kadir, Jisam Sulaiman,Zul Hadi, Cikgu Budiman,Saudara Muhidin. Tanpa jasa tuan-tuan program ini tak mungkin dapat dijalankan seperti di rancang. Artikel mengenai program ini akan menyusul kemudian. di bawah ini slide photo di sepanjang program tersebut. klik link ni http://s96.photobucket.com/albums/l171/Sillverstate/SDHF4%20kembara%20Nuang untuk tgk album keseluruhanSeperti sedia maklum, program ini tidak mengunakan dana surau seperti yang di tegaskan pegerusi, namun program malam minggu ini akan mengunakan kewangan surau...sedangkan dua-dua program surau. So, mohon berlaku adil, jangan suka-suka guna kuasa dan kepentingan diri sendiri.
Seperti yang di rancang sejak awal tahun lagi , program kembara anak kariah yang berjaya di jalankan dengan lancar pada 30,31 Julai dan 1 Ogos, selama 3 hari 2 malam di Resort Jabatan Hutan Gunung Nuang. Sasaran awal seramai 30 orang penyertaan namun akhirnya Seramai 23 anak remaja Fasa 4 dan bandar Sultan suleiman berjaya di kumpulkan.
Ini lah program yang terlalu banyak dugaannya untuk dilaksanakan. Namun atas kekuasaan dan kehendak Allah S.W.T program ini berjaya di jalankan seperti yang telah di rancang sejak dari awal tahun lagi.
Program telah diisi dengan ceramah-ceramah motivasi yang telah di sampaikan oleh Tn Hj Ansori, Al ustaz Cikgu Budiman dan penceramah jemputan dari Universiti Malaya saudara Ali Rashidin. Pengisian ceramah berkisar tentang menghormati ibubapa, kepentingan menuntut ilmu dan keperibadian diri.
Ceramah selepas solat subuh di sampaikan oleh Al fadil ustaz Cikgu Budiman. Cikgu memang mantap dalam hal ini. semoga apa yang cikgu sampaikan meninggalkan kesan kepada anak-anak kita ini



























0 comments on "Kembara Anak Kariah di Gunung Nuang"
Post a Comment