4. Muliakan Jiran dan Tetamu
Rasulullah S.A.W. menerangkan berkenaan memuliakan jiran dan tetamu, yang dihubungkan juga dengan tuntutan iman. Ertinya iman yang sempurna menghendakki supaya memuliakan jiran dan tetamu sesuai dengan hak masing-masing. Menurut hadith riwayat Ibn Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :
"Banyak dari jiran yang bergantung dengan jirannya pada hari qiamat lalu berkata : "Hai Tuhanku! Inilah jiranku - yang menutup pintu keranaku, ia mengaku kebaikannya".
Hadith ini menunjukkan betapa pentingnya bertimbangrasa sesama jiran. Bukanlah orang yang beriman itu orang yang kenyang, sedang jirannya lapar. Sehingga Rasulullah S.A.W. pernah berpesan kepada Abu Dzar Al-Ghifari: Bahawa apabila engkau masak kuah, banyakkanlah airnya dan berilah kepada jiran engkau. Yang dikatakan jiran bukan saja dari orang Islam tetapi juga jiran yang bukan Islam.
0 comments on "HAYATI KEPERIBADIAN DAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W."
Post a Comment