Wednesday, March 2, 2011

BESARNYA DOSA MEMFITNAH DAN KESANNYA TERHADAP SESAMA MANUSIA

Posted by Anonymous at 6:49 PM

Fitnah merupakan dosa besar, lebih besar dari dosa membunuh. Tapi zaman kini fitnah begitu berleluasa sehingga menjadi amalan harian, dipermudahkan lagi dengan wujudnya media elektronik dan cetak yang canggih. Manusia tidak lagi memandang bahawa fitnah itu suatu dosa malah mereka menyangka bahawa fitnah itu perlu disebarkan dengan segera kerana itu merupakan `latest news’ yang semua orang patut tahu. Begitu mudah fitnah disebarkan tanpa usul periksa atau menyelidiki sumber berita tersebut, adakah ia suatu berita yang sohih (benar) atau sebaliknya.

Mengapa memfitnah dikatakan berdosa besar, lebih kejam dari membunuh? Sebenarnya fitnah merupakan pembunuhan ke atas karakter atau jiwa seseorang. Orang yang kena fitnah biasanya akan merasa terluka, menjadi rendah diri, kecewa dan hidup dalam kemurungan. Walaupun jasadnya hidup, tapi jiwanya mati kerana sakitnya terkena panahan fitnah.

Fitnah dilarang oleh Allah S.W.T, sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191:

“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Fitnah boleh memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia, menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan sebagainya. Fitnah merupakan kebohongan yang menghancurkan.

Firman Allah dalam Surah An Nur : 15 – 16
“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.” (15)
“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.” (16)

Allah telah memberi peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya :

“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman,…”

Wallahu’alam.

Ukhti Salimah
2 March 2011
12.10 t/hari.

5 comments on "BESARNYA DOSA MEMFITNAH DAN KESANNYA TERHADAP SESAMA MANUSIA"

Anonymous said...

Salam Ukhwah. Komen yang baik amat dialu-alukan. Terima Kasih.

ibnuismail on March 28, 2011 at 8:35 PM said...

Tulisan anda sungguh baik. Perbuatan memfitnah adalah satu barah yang perlu ditangani. Cuma saya ingin perbetulkan mengenai terjemahan ayat Quran berkaitan dengan fitnah. Maksud Al Fitnatu dalam Al quran yang dipetik itu ialah syirik dan kufur.

Tafsirannya: Perbuatan kufur dan syirik itu adalah lebih dahsyat daripada berperang dalam bulan haram.

Ia langsung tiada kena mengena dengan kalimah fitnah dalam bahasa melayu (menuduh org tanpa bukti/saksi).

Terdapat 11 makna 'Al-Fitnatu' dalam Al Quran. Tetapi tiada satupun yang memberi makna menuduh orang tanpa bukti / saksi seperti yang difahami dari kalimah fitnah dalam Bahasa Melayu.

Penjelasan lanjut ada saya huraikan dalam blog saya: www.ibnu-ismail.blogspot.com.

Maaf kerana menegur. Terima kasih.

Anonymous said...

Kepada Ibnu Ismail. Terima kasih di atas teguran saudara. Saya merupakan orang yang kurang ilmu tetapi tetap ingin menyampaikan sesuatu seadanya. Teruskan memberi teguran kerana saya sememangnya memerlukan teguran-teguran supaya kita yang lemah ini tidak tersasar. Jazakalah.

Unknown on February 5, 2013 at 3:49 AM said...

mohon share ye :)

sentra bisnis on September 17, 2016 at 2:53 PM said...

http://blogmaslukis.blogspot.co.id/2016/09/transaksi-bebas-bayar-tanpa-syarat.html

5 comments:

Anonymous said...

Salam Ukhwah. Komen yang baik amat dialu-alukan. Terima Kasih.

ibnuismail said...

Tulisan anda sungguh baik. Perbuatan memfitnah adalah satu barah yang perlu ditangani. Cuma saya ingin perbetulkan mengenai terjemahan ayat Quran berkaitan dengan fitnah. Maksud Al Fitnatu dalam Al quran yang dipetik itu ialah syirik dan kufur.

Tafsirannya: Perbuatan kufur dan syirik itu adalah lebih dahsyat daripada berperang dalam bulan haram.

Ia langsung tiada kena mengena dengan kalimah fitnah dalam bahasa melayu (menuduh org tanpa bukti/saksi).

Terdapat 11 makna 'Al-Fitnatu' dalam Al Quran. Tetapi tiada satupun yang memberi makna menuduh orang tanpa bukti / saksi seperti yang difahami dari kalimah fitnah dalam Bahasa Melayu.

Penjelasan lanjut ada saya huraikan dalam blog saya: www.ibnu-ismail.blogspot.com.

Maaf kerana menegur. Terima kasih.

Anonymous said...

Kepada Ibnu Ismail. Terima kasih di atas teguran saudara. Saya merupakan orang yang kurang ilmu tetapi tetap ingin menyampaikan sesuatu seadanya. Teruskan memberi teguran kerana saya sememangnya memerlukan teguran-teguran supaya kita yang lemah ini tidak tersasar. Jazakalah.

Unknown said...

mohon share ye :)

sentra bisnis said...

http://blogmaslukis.blogspot.co.id/2016/09/transaksi-bebas-bayar-tanpa-syarat.html

Buliten Al-HIKMAH Copyright 2009 wind of changes Designed by my template Image by Tadpole's Notez