MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU 14 MEI 2011
BIRO WANITA SURAU DARUL HIKMAH FASA 4 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Ibu pada 14 Mei 2011. Alhamdulillah kehadiran ibu-ibu amat menggalakkan. Malah kaum bapa pun dijemput sama. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dari Surah Al Luqman : 12 -17 demi mendapat kerahmatan dari Allah S.W.T.Majlis santai pada petang itu diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid Soutul Irsyad dari Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara dan deklamasi sajak. Tidak dilupakan warga emas, ibu-ibu yang memberi sumbangan kepada surau dan individu yang telah lama terlibat dalam mengimarahkan surau. Cenderahati seadanya telah diberi kepada mereka sebagai menghargai jasa-jasa mereka walupun kalau nak dikira sumbangan mereka tidak dapat dinilai dengan kebendaan. Semoga Allah merahmati mereka, memberi kesihatan tubuh badan agar mereka terus dapat mencurahkan bakti.Sebenarnya tiada tarikh tertentu untuk membuat sambutan hari ibu. Di Malaysia mereka memilih 8 Mei 2011 (Ahad minggu ke dua dalam bulan Mei) sebagai tarikh untuk meraikan Hari Ibu. Tarikh itu sebenarnya tidak penting kerana bagi kita anak-anak 'setiap hari adalah hari ibu di hati kita' malah setiap saat kita mendoakan kesejahteraan ibu kita. Tiada tarikh yang dikhususkan untuk itu. Dan yang paling penting tiada pembaziran dan kita tidak meniru mana-mana agama.Untuk semua ibu-ibu kami mengucapkan Selamat Hari Ibu, semoga ibu-ibu tabah menghadapi cabaran dalam mendidik anak-anak zaman ini.Wallahu'alam.
0 comments on "MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU 14 MEI 2011"
Post a Comment